Akaun iftaramalmalaysia.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

MAJLIS IFTHAR BERSAMA KORPORAT PUSAT DAKWAH SERANTAU

MAJLIS IFTHAR BERSAMA KORPORAT PUSAT DAKWAH SERANTAU

Tujuan : Majlis Iftar Korporat sempena bulan Ramadhan kali ini akan dijalankan dengan tujuan utama bagi mendapatkan sumbangan Dana Pembangunan dan Pengurusan Pusat Dakwah Serantau.


Penerangan Ringkas : Sebagai makluman, Pusat Dakwah Serantau (PDS) adalah pusat latihan para daie yang kebanyakan pelajarnya diambil dari kawasan pedalaman dari dalam dan luar negara. Terkini seramai dua orang pelajar dari Sri Lanka dan 80 orang pelajar di PDS. Kesemua pelajar ini mendapat latihan secara PERCUMA sepanjang berada di PDS. Lepasan PDS kemudiannya akan dihantar pulang kembali ke tempat asal mereka untuk menjadi pendakwah sepenuh masa dan agen pembangunan masyarakat setempat.


Mereka terlatih dengan ilmu keagamaan dan kemahiran hidup. Lepasan PDS yang aktif akan diberi elaun bulanan sebanyak RM500/ orang dan sudah lebih 500 orang daie terlatih yang aktif di lapangan. Kos pengurusan termasuk tanggungan pelajar terkini dan lepasan PDS mencecah hampir RM500 000 sebulan. 


Justeru, demi keberlangsungan usaha murni ini kami berharap pihak tuan/puan sudi untuk bersama kami kita memberikan sumbangan dan khidmat terbaik bagi memastikan agenda ini berjaya. In shaa Allah. Semoga tuan/puan dimurahkan rezeki, dikurniakan ganjaran pahala berganda di bulan Ramadhan dan dihapuskan segala dosa kita.


Maklumat program seperti butiran berikut ;

Tarikh : 10 Jun 2017

Tempat : De Palma Hotel, Ampang Selangor


PERHATIAN

1. Pembayaran tajaan dan sumbangan dapat dibuat di bahagian bawah laman web ini

2. Jika anda membayar menggunakan Mesin Deposit Tunai, pastikan anda telah membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang ini kerana bukti/gambar resit perlu disertakan sekali di ruang yang disediakan.

3. Jika anda membayar menggunakan online payment boleh terus membayar di laman ini (di bahagian bawah) kemudian sertakan bukti/gambar resit di ruang yang disediakan.


Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan Sila Hubungi :

Encik Afifi (Soal Pembayaran Online) : 011 - 2736 2300

Hj Hussin : 019 - 951 1860

Ustaz Misbah : 010 - 566 7528

Puan Hakimah : 012 - 293 5962


***********************************



Yayasan Amal Malaysia menjemput tuan/puan untuk bersama dengan kami dalam menggapai cita memberikan khidmat kebajikan terbaik buat pembangunan ummah. YAM optimis untuk membantu seramai mungkin warga yang memerlukan dalam masa yang sama menjana kewangan bagi keberlangsungan gerak kerja dakwah dan kebajikan yang dijalankan.


Antara projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia seperti berikut ;

1. Pusat Dakwah Serantau

2. DWB (Doctor without Borders)

3. W4L (Water 4 Life)

4. HUDA/PDS 

5. E4BF (Edu 4 Better Future)

6. Relawan Bencana

7. Relawan Qurban

8. Relawan Dana/Pembangunan

9. Relawan Amalnita

7. Tv /Radio Hidayah

8. Relawan Duat or RINDU


Dan telah menghantar misi kemanusian lebih dari 60 buah negara yang memerlukan. Khususnya bagi pembangunan kebajikan di Malaysia seperti di Sabah dan Sarawak termasuk ke semua negeri di Malaysia yang proaktif dalam menjalankan gerak kerja kebajikan di mana saja.


Oleh itu, kami berharap dengan sumbangan tuan/puan dapat membantu kami dalam menjayakan misi sedia ada dan akan datang. In shaa Allah, semoga Allah menerima segala amal kebajikan kita dan dihapuskan dosa kita disisi-Nya. Ameen.


Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan Sila Hubungi :

Hj Hussin : 019 - 951 1860

Ustaz Misbah : 010 - 566 7528

Puan Hakimah : 012 - 293 5962


Untuk maklumat lanjut layari : www.amalmalaysia.org.my